En Ismail yang  berkerja di pejabat Tourism Malaysia di Osaka mempunyai pengalaman yang luas dengan budaya dan cara hidup masyarakat orang Jepun.  Pada pendapat beliau walaupun Jepun merupakan sebuah negara yang kurang pendedahan  dengan Nur Islam, namun sikap orang-orang Jepun sangat menepati ciri-ciri amalan terpuji di dalam agama Islam itu sendiri.  En Ismail secara ringkas mengulas sikap mereka seperti di bawah.

  1. Jepun terkenal dengan displin dalam menepatiwaktu. Jadual kereta, bas, kereta api (jika tiada darurat) sangat tepat, tidak melebihi 1-2 minit sahaja. Sudah menjadi kelaziman orang-orang Jepun akan memasuki pejabat 15 minit sebelum waktu bekerja.
  2. Orang Jepun juga mempunyai kejujuran yang amat tinggi. Tidak perlu risau jika kita kehilangan dompet kerana pasti akan dipulangkan semula ( menurut pengalaman orang yg tinggal di sana)
  3. Kanak-kanak Jepun dan guru-guru akan membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit. Tiada istilah guru hanya pandai mengarah pelajar sahaja.
  4. Jika anda berkunjung ke restoran berkonsep bufet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang hanya akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa sisa makanan di atas pinggan.
  5. Di Jepun, di usia seawal sekolah rendah sehingga darjah enam kanak-kanak diajar dengan satu matapelajaran yang dinamakan “Jalan Ke Arah Akhlak” di mana mereka diterapkan dengan  nilai-nilai akhlak dan peradaban  yang baik serta cara berhadapan  dengan orang.
  6. Menghormati orang lain atau orang yang lebih tua juga merupakan satu amalan yang biasa berlaku di Jepun. Di dalam pengangkutan awam, pasti disediakan tempat duduk khusus untuk orang-orang tua. Golongan yang lebih muda biasanya sangat menghormati orang yang lebih tua tanpa mengira status. Apabila hendak keluar dari bas, penumpang akan mengucapkan terima kasih kepada pemandu, apabila mereka melayan tetamu atau meminta maaf , mereka akan membongkokkan badan tanda hormat atau merendah diri
  7. Kanak-kanak sekolah di Jepun membawa berus gigi mereka sendiri dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali selepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
  8. Di Jepun juga, penggunaan telefon bimbit di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup adalah dilarang sama sekali. Paling menarik sesiapa yang meletakkan status ‘silent’ di telefon bimbit dianggap sebagai seorang yang berakhlak dan beretika. Suasana seperti ini sangat berbeza di Malaysia di mana ibu, bapa dan anak terlalu asyik dan leka  dengan telefon bimbit di tangan masing-masing hingga tidak menghiraukan apa yang berlaku disekeliling. Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan berlaku di dalam sebilangan besar kelompok masyarakat di Malaysia pada hari ini.

“Di tv Al-Hijrah, pernah disiarkan satu dokumentari tentang perbezaan negara Arab dan Jepun. Satu persoalan yang dikemukakan oleh hos dokumentari tersebut adalah orang Jepun   tidak dianugerahkan  oleh Allah akal yang lebih cerdik dari orang Arab. Seorang jurutera Arab sebenarnya lebih cerdik  dari seorang jurutera Jepun, jadi mengapa Jepun lebih maju?’ menurut Encik Ismail.

Tambahnya lagi , “Bezanya orang Jepun lebih bekerjasama dan mementingkan kerja berpasukan. Seorang jurutera Jepun pasti kalah dengan seorang jurutera Arab tapi jika sepasukan jurutera Jepun tidak akan mampu untuk ditandingi oleh sepasukan jurutera Arab”.

Sebagai kesimpulan, mengambil sedikit senario masyarakat Islam Jepun di sana ; berkata ulama “Bayangkan!! mereka sudah berbondong-bondong ke masjid/mushola 5-10 minit sebelum azan berkumandang, pembayaran zakat sangat dipatuhi, alim ulama begitu dihormati, masjid sangat rapi dan bersih.”

ismail

Penulis bersama Pegawai Perhubungan En Ismail (kanan) Tourism Malaysia di Osaka, Jepun

 

Advertisements